PKPP: Pra sekolah dan tadika dibuka 1 Julai 2020

School books. ā€”DayakDaily.com file pic. // Photo: Pixabay

Oleh Chris Bishop

KUCHING, Jun 15: Kerajaan bersetuju dengan cadangan pra sekolah dan tadika dibuka pada 1 Julai 2020.

Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, prosedur operasi ‘standard’ (SOP) berhubung pembukaan pusat tersebut telah dibentangkan Kementerian Pendidikan pada mesyuarat khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini.


ā€œKita (MKN) telah menerima dan setuju dengan SOP yang dibentang dan cadangan pra sekolah dan tadika dibuka pada 1 Julai 2020.

ā€œSOP adalah lengkap yang merangkumi prosedur sebelum kemasukan pelajar, sewaktu mereka belajar di dalam kelas, waktu pulang, waktu makan dan prosedur mengenai cara mereka bermain dalam tadika tersebut,ā€ kata Ismail Sabri.

Beliau berkata demikian pada sidang media harian Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di Putrajaya hari ini

Menurut Ismail Sabri, perincian mengenai SOP tersebut akan dibentangkan Menteri Pendidikan dalam waktu terdekat.

Cadangan pembukaan ini melibatkan prasekolah dibawah Kementerian Pendidikan Malaysia, swasta , tadika dibawah Kementerian Perpaduan Negara iaitu tadika perpaduan dan juga Kemas dibawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar.

ā€œJumlah pusat yang terlibat iaitu pra sekolah sebanyak 6,216, swasta 7,887, Kemas 8,530 dan tadika perpaduan sebanyak 1, 781,ā€ ujar beliau. ā€” DayakDaily