PKPB: Dapatkan permit perjalanan sebelum beli tiket pesawat

The ministry is looking for ways to solve the issue of expensive airfares during festive seasons. File photo for illustration purposes only

Oleh Chris Bishop

KUCHING, Mei 19: Orang ramai yang ingin melakukan perjalanan rentas nengeri melalui udara diingatkan supaya mendapatkan kebenaran atau permit perjalanan daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia untuk mengelakkan mereka mengalami kerugian jika mereka disekat untuk terbang.

“Sebelum membeli tiket pesawat, minta kebenaran dari pihak polis terlebih dahulu. Saya takut selepas mereka beli tiket, tidak ada kebenaran daripada polis.

“Mereka mungkin akan disekat untuk terbang. Ataupun di sekatan jalanraya berhampiran lapangan terbang, mereka diarahkan balik oleh pihak polis.

“Jadi akhirnya mereka yang akan menanggung kerugian,” katanya pada sidang media harian Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Putrajaya hari ini.

Bagi penerbangan ke Sabah dan Sarawak yang sudah mendapat kebenaran polis, kata Ismail Sabri, penumpang akan disaring sejurus tiba di lapangan terbang negeri masing-masing.

Katanya, penumpang-penumpang ini akan menjalani ‘swab test’ dan yangdidapati positif untuk Covid-19 akan dihantar terus ke hospital.

“Manakala yang negatif boleh terus pulang ke rumah, tetapi wajib untuk membuat kuarantin kendiri di rumah masing-masing.

“Bagi Sarawak, walaupun didapati negatif sejurus tiba, pada hari ke-10 mereka perlu menjalani ‘swab test’ untuk kali kedua,” katanya.

Menurut Ismail Sabri lagi, tindakan undang-undang boleh diambil jika ada penumpang yang gagal mematuhi arahan untuk membuat kuarantin kendiri di rumah.

Pada sidang media yang sama, beliau turut memaklumkan bahawa pada semalam, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah menghantar pulang 418 pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) ke kampung halaman masing-masing melalui tiga penerbangan dari Kuala Lumpur ke Miri, Bintulu dan Sibu. — DayakDaily