PKP: Nadma tak sediakan kenderaan, hanya keluarkan surat pelepasan individu kuarantin pulang

Signature. — DayakDaily.com file pic. // Photo: Pixabay

Oleh Chris Bishop

KUCHING, April 27: Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) tidak menyediakan kenderaan untuk individu yang dikuarantin balik ke rumah.

Menurut beliau, Nadma hanya mengeluarkan surat pelepasan yang membolehkan individu yang selesai tempoh kuarantin pulang ke rumah masing-masing.


“Ada sedikit kekeliruan apabila saya mengumumkan bahawa mereka yang ingin pulang ke kampung halaman masing-masing akan diselaraskan oleh Nadma.

“Ramai yang menganggap Nadma akan menyediakan kenderaan untuk mereka pulang ke kampung.

“Sebenarnya, apa yang Nadma akan dilakukan adalah menyelaras kepulangan mereka,” katanya pada sidang media harian Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Putrajaya hari ini.

Sebagai contoh, tambah Ismail Sabri, ahli keluarga boleh mengambil individu yang selesai tempoh kuarantin pulang dari pusat kuarantin.

Tetapi katanya, hanya seorang sahaja (pemandu) yang boleh membawa individu tersebut pulang.

“Kalau berkeluarga, mereka boleh dibawa dalam satu kereta kerana mereka telah menjalani ujian di pusat kuarantin.

“Nadma akan mengluarkan surat pelepasan pergerakan kerana mereka adalah negatif Covid-19.

“Mereka telah diisytiharkan bersih dan selamat oleh Kementerian Kesihatan,” ujar beliau lagi.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, sekretariat di pusat kuarantin akan membantu individu yang memerlukan perkhidmatan e-hailing atau teksi untuk pulang.

Namun katanya, kos perkhidmatan akan ditanggung oleh individu tersebut.

“Dan bagi mereka yang ingin pulang ke Sabah atau Sarawak, Nadma akan menguruskan pergerakan mereka ke lapangan terbang,” ujar beliau lagi. — DayakDaily