PKP: Kedai gunting rambut, salon kecantikan dan kedai cermin mata kekal tutup

File photo of Ismail Sabri addressing a press conference on Covid-19.

Oleh Chris Bishop

KUCHING, 13 April: Kerajaan hari ini memutuskan bahawa kedai gunting, salon kecantikan dan kedai cermin mata tidak dibenarkan beroperasi di sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP).

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata keputusan tersebut dibuat Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin setelah mengambil kira pandangan daripada pelbagai pihak.


ā€œBeberapa hari lepas, isu ini berlegar di negara kita dan seperti yang saya nyatakan pada sidang media pada dua hari lepas bahawa kerajaan sentiasa mendengar pandangan rakyat.

ā€œKerajaan juga mendapat nasihat daripada pakar-pakar tertentu dan mendengar pandangan daripada badan-badan bukan kerajaan mengenai isuĀ ini.

ā€œSehubungan dengan itu, perdana menteri telah membuat keputusan, iaitu operasi kedai gunting rambut, salon kecantikan dan kedai cermin mata di seluruh negara tidak dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh PKP dilaksanakan,ā€ katanya pada sidang media harian PKP di Putrajaya hari ini.

Justeru, kata Ismail Sabri, keputusan tersebut menjawab segala yang ditimbulkan oleh rakyat dan berharap tidak lagi dibangkitkan sepanjang PKP dilaksanakan.

Dalam pada itu, beliau mengulangi keputusan kerajaan tidak membenarkanĀ bazar ramadan beroperasi.

ā€œPerdana menteri tela membuat keputusan iaitu semua bentuk bazar Ramadan tidak dibenarkan beroperasi di seluruh negara di sepanjang tempoh PKP,ā€ ujarnya. ā€” DayakDaily