PKP dilanjutkan sehingga Jun adalah pandangan pribadi ketua polis negara, kata Ismail Sabri

File photo of Ismail Sabri addressing a press conference on Covid-19.
Advertisement

Oleh Chris Bishop

KUCHING, Apr 15: Keputusan sama ada melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) setelah tamat Fasa Tiga adalah berdasarkan nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia, kata Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau mengulas berhubung kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador semalam bahawa PKP kemungkinan besar akan diteruskan hingga melepasi Jun.

Advertisement

“Kenyataan ketua polis negara adalah pandangan daripada beliau sendiri.

“Namun, apa sekalipun keputusan sambung atau tidak ianya berdasarkan nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia,’kata Ismail pada sidang media harian PKP di Putrajaya hari ini.

Abdul Hamid dipetik mengeluarkan kenyataan tersebut setelah ramai yang masih berdegil ingkar PKP dan menyebabkan kes jangkitan wabak Covid-19 bertambah.

Dalam pada itu, Ismail ketika menjawab soalan pemberita berkata tahap pematuhan PKP masih 97 peratus.

Katanya, tahap pematuhan mungkin ada berkurangan tetapi tidak sehingga 1 peratus.

“Di kawasan-kawasan tertentu kita dapati ada pertambahan jumlah kenderaan.

“Kita berharap pertambahan ini tidak berterusan kerana tindakan polis kali ini adalah lebih tegas dan tidak berkompromi dengan sesiapa,” katanya. —DayakDaily.

Advertisement