Pintu bilik mesin ATM bank terkunci, tujuh orang awam cemas

Pasukan bomba berusaha mengeluarkan orang awam yang terperangkap dalam bilik mesin ATM.

KUCHING, Jun 9: Seramai tujuh orang awam yang hendak mengeluarkan duit dari mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di sebuah bank di Matang di sini cemas apabila pintu di situ terkunci secara automatik dalam satu kejadian hari ini.

Kejadian yang mencemaskan itu dilaporkan kira-kira pukul 9 pagi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya, Muhd Mirza Dzalmira Miraj berkata, pihaknya mengetahui kes itu selepas menerima panggilan telefon daripada orang awam berhubung kejadian itu.


Jelasnya, sejurus menerima laporan berhubung insiden tersebut, sepasukan anggota bomba telah diarahkan ke lokasi kejadian untuk melakukan tindakan susulan.

“Apabila tiba di bank berkenaan, pasukan bomba mendapati pintu bank tersebut dalam terkunci.

“Pemeriksaan lanjut mendapati terdapat tujuh orang awam yang terperangkap dalam bilik mesin ATM itu,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Muhd Mirza menambah, pintu bank yang terkunci itu berjaya dibuka dalam tempoh kira-kira sejam.

“Semua orang awam yang terperangkap kemudian keluar tanpa sebarang mengalami sebarang,” katanya. — DayakDaily