Petugas wanita diugut selepas menegur lelaki tidak memakai penutup muka

Arrest - DayakDaily.com file pic. // Photo: Pixabay

Oleh Brad Rantayy

MIRI, Sept 17: Seorang lelaki tempatan ditahan polis page semalam setelah disyaki membuat ugutan jenayah terhadap anggota polis bantuan di lapangan terbang Miri.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Miri, Supt Mohd Sabri Zainol, suspek, 45, telah ditegur oleh anggota polis bantuan wanita yang sedang bertugas kerana tidak memakai penutup muka sebaik masuk ke bangunan lapangan terbang.


Namun, suspek enggan menurut nasihat anggota terbabit, malah suspek itu terus mengeluarkan kata-kata ugutan sebelum terus masuk ke dalam bangunan lapangan terbang.

“Suspek telah mengeluarkan kata-kata ugutan, ‘kamu mahu matikah’ kepada anggota terbabit,” ujar Sabri.

Susulan kejadian, suspek telah ditangkap dan diserahkan kepada anggota polis peronda sebelum dibawa ke balai polis pusat Miri.

Menurut Sabri, suspek telah dihadapkan ke Mahkamah Magistrate Miri pagi ini dan dijatuhkam hukumam penjara tiga bulan. — DayakDaily