Pesara tentera hilang, jatuh dari bot ketika memancing ditemui mati

Mayat mangsa dibawa ke PKB untuk tindakan selanjutnya.

BETONG, 5 Feb: Seorang pesara tentera yang dilaporkan hilang selepas terjatuh dari bot ketika memancing di Sungai Skrang di Kampung Lidong di sini ditemui mati.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) Sarawak berkata mayat Baki Nyambong, 49 tahun ditemui kira-kira 50 meter dari lokasi mangsa dikatakan terjatuh pada jam 8.39 pagi.

Katanya, mayat mangsa kemudian dibawa ke Pos Kawalan Bomba (PKB) pada jam 8.44 pagi.


Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

Mangsa dilaporkan terjatuh dari bot ketika memancing bersama abangnya pada Khamis (3 Feb) lepas.

Lokasi kejadian adalah kira-kira 1 kilometer dari pengkalan rumah panjang.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang disertai Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan penduduk kampung. — DayakDaily