Pesakit Covid-19 lari dari HUS, berjaya ditemui semula

Pesakit terbabit ditemui semula di tepi jalan di kawasan Satok, Kuching.
Advertisement

KUCHING, 13 Jun: Seorang lelaki yang disahkan positif Covid-19 berjaya ditemui semula selepas dilaporkan melarikan diri dari wad di Hospital Umum Sarawak (HUS) hari ini (Ahad).

Menurut sumber, lelaki berusia 28 tahun dan berasal dari Kampung Tembirat Hilir itu dilaporkan melarikan diri sekitar jam 9 pagi.

Kejadian tersebut disedari oleh kakitangan hospital yang kemudian terus melaporkan kepada polis.

Advertisement

Bertindak atas laporan tersebut, anggota polis terus melancarkan operasi mencari pesakit terbabit yang kemudian berjaya ditemui semula di tepi jalan di kawasan Satok.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ahsmon Bajah mengesahkan perkara tersebut dan memberitahu pesakit terbabit telah diserahkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Siasatan lanjut polis berhubung kejadian masih dijalankan. — DayakDaily

Advertisement