Persekutuan Persatuan Cina Sarawak sumbang bantuan kepada SDMC

Abang Johari (dua dari kanan) menerima sumbangan dari Richard.

Follow and subscribe to DayakDaily on Telegram for faster news updates.


KUCHING, 1 Sept: Persekutuan Persatuan Cina Sarawak hari ini menyumbang RM474,102.05 kepada Tabung Bencana Negeri Sarawak (SDMC).

Sumbangan telah diserahkan Presidennya Dato’ Richard Wee Liang Chiat kepada Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg pada satu majlis ringkas di Wisma Bapa Malaysia di Petra Jaya.

Ia bertujuan membantu Kerajaan Negeri khususnya Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri(JPBN) bagi melancarkan program yang dilaksanakan dalam menangani Pandemik Covid-19.


Turut hadir Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak Dato Sri Dr. Sim Kui Hian. — DayakDaily