This Content Is Only For Subscribers
Please subscribe to unlock this content. Enter your email address and full name to get access. It's FREE!
Oleh Chris Bishop
KUCHING, 2 Julai: Persatuan Badminton Kuching (KBA) akan mengadakan kerjasama dengan persatuan dari negeri lain dalam usaha meningkatkan sukan badminton negeri ini.
Presidennya Dr Ong Kong Swee berkata, kerjasama itu melibatkan latihan, jurulatih dan penganjuran pertandingan.
“Ini adalah langkah tepat. Kita ingin meningkatkan permainan badminton peringkat Negeri dan negara,” kata Ong.
Beliau berkata demikian pada sidang media selesai Majlis Penutupan Forum Sukan Antarabangsa Sarawak di sini, hari ini.
Tambah Ong, pertukaran jurulatih bagi meningkatkan kebolehan pemain akan dilaksanakan di seluruh peringkat. — DayakDaily
Advertisement