PERKIJAP agih daging korban kepada golongan asnaf

Hamden menyampaikan daging korban kepada seorang penerima.

KUCHING, Ogos 25: Persatuan Kebajikan Pekerja Islam Jabatan Hutan Sarawak (PERKIJAP) telah mengadakan Majlis Korban di pejabat Habatan Hutan Bahagian Kuching pagi tadi.

Seramai 80 orang ahli-ahli PERKIJAP, iaitu kakitangan jabatan tersebut telah menghadirinya dan turut menerima daging korban tersebut disamping mengagihkan daging korban kepada golongan asnaf oleh pengarah Jabatan Hutan Sarawak Hamden Mohammad.

Kakitangan Jabatan Hutan Sarawak bergotong-royong dalam penyediaan daging korban ketika majlis.

Dalam ucapannya, beliau mengucapkan terima-kasih kepada semua kakitangan yang telah hadir dan berterima-kasih juga kepada penderma yang turut menyumbang sebanyak tiga ekor lembu bagi menjayakan program tersebut. — DayakDaily