Perkhidmatan sistem e-Media bagi permohonan Kad Perakuan Media digantung sementara dari April 15-18

File photo for illustration purposes

PUTRAJAYA, 15 April: Sistem e-Media bagi permohonan Kad Perakuan Media (KPM) Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) akan menjalani proses penyelenggaraan bermula pada 15 April pukul 6 petang sehingga 18 April pukul 9 pagi.

Sehubungan itu, JAPEN memberitahu bahawa sistem tersebut tidak akan dapat diakses pada masa itu.

“Sistem e-Media akan dapat diakses semula selepas 18 April 2022 pukul 9 pagi dan semua permohonan KPM Jabatan Penerangan Malaysia boleh dilakukan seperti biasa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Jika ada sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Cik Amirah Ahmad Salim di talian 03-8911 7375 / 010-2420 862 atau Encik Anwar Aizuddin Abdul Wahab di talian 03-8911 7366 / 010-225 8046 atau e-mel bmkkjabpenerangan@gmail.com. — DayakDaily