Perkhidmatan ‘park dine-in’ dalam kenderaan langgar SOP

Infografik Ukas
Advertisement

KUCHING, 24 Mei: Perkhidmatan menyediakan makanan dan minuman untuk pelanggan makan dalam kenderaan (‘park dine-in’) masing-masing diklasifikasikan sebagai melanggar prosedur operasi ‘standard’ (SOP).

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail menerusi infografik yang dikeluarkan Unit Komunikasi Awam Sarawak (Ukas) berkata, SOP di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) menetapkan ‘no dine-in’ adalah jelas.

Justeru katanya, perkara ini perlu dipandang serius dari segi pematuhan SOP yang ditetapkan sebagai langkah untuk mengelakkan penularan wabak Covid-19. — DayakDaily

Advertisement
Advertisement