Perarakan Gawai Bau berskala besar pada 2026

Henry bersama peserta Perarakan Gawai Bau 2024.
Advertisement

Oleh Chris Bishop

BAU, 18 Mei: Lebih 800 peserta mewakili 43 kontinjen memeriahkan Perarakan Gawai Bau 2024 yang diadakan buat julung kalinya.

Disertai Timbalan Menteri Pengangkutan merangkap Adun Tasik Biru Dato Henry Harry Jinep, perarakan sejauh 2.4 kilometer itu bermula dari Dewan Suarah Bau hingga ke lokasi penamat di Lobuh Bau.

Advertisement
Sebahagian daripada 43 kontinjen yang mengambil bahagian dalam Perarakan Gawai Bau 2024.

“Saya nampak semua peserta cukup bersemangat pada perarakan yang julung kali kita adakan ini.

“Pelbagai pakaian suku kaum dan adat Bidayuh dipamerkan, termasuk penyertaan dari kaum melayu dan cina,” katanya dalam ucapan Perasmian Perarakan Gawai Bau 2024.

Dengan sambutan memberansangkan pada perarakan hari ini, Henry memaklumkan bahawa Perarakan Gawai akan diadakan setiap 2 tahun.

Pada 2026 katanya, perarakan mensasarkan lebih 100 kontinjen dengan penyertaan dari semua kampung dan persatuan di Daerah Bau. — DayakDaily

Advertisement