Sarawak perlu juga pakar luar dalam bangunkan ekonomi negeri – Abang Johari

Abang Johari (duduk, empat kanan) bersama pelajar-pelajar Sarawak selepas Sesi Townhall di Universiti Malaysia, Kuala Lumpur pada 18 Mei 2024. Foto kredit: Jabatan Premier Sarawak
Advertisement

Oleh Chris Bishop

KUCHING, 18 Mei: Sarawak juga perlu pakar luar, tidak semestinya anak negeri sendiri dalam membangunkan ekonomi, kata Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

“Saya beri jaminan, kita memerlukan ramai tenaga kerja kerana ekonomi Sarawak adalah ekonomi baharu.

Advertisement

“Kita terlibat dalam ekonomi hidrogen, karbon, semua ini baharu. Negeri lain tiada dan kita perlu tangani secara inovatif.

“Oleh yang demikian saya mengalu-alukan pakar dari luar,” kata Abang Johari dalam Sesi Townhall bersama pelajar-pelajar Sarawak di Universiti Malaysia (UM) di Kuala Lumpur hari ini.

Sebagai contoh, tambah beliau, dalam pembangunan Sistem Aliran Transit Automasi (ART) ketuanya adalah pakar dari Semenanjung Malaysia.

Manakala dalam pembangunan loji methanol pula diketuai anak tempatan dari Sibu.

“Ini kerana beliau ada pengalaman bersama Petronas, bagi kilang Longi ketuanya berbangsa Cina dari Sarawak dengan dibantu oleh experteriat.

“Sekarang kita bina hospital baharu, pakar dari Singapura warga Sarawak.

“Pakar dari Singapura pun datang,” ujar Abang Johari. — DayakDaily

Advertisement