PERAIS gesa kerajaan segerakan bantuan bakul makanan kepada OKU

Raphelson (lima dari kiri) bersama ahli-ahli PERAIS yang lain menerima sumbangan bakul makanan dari PKR Sarawak

KUCHING, 6 Feb: Persatuan Anak Istimewa Sarawak (PERAIS) gesa kerajaan untuk menyegerakan pemberian bakul makanan kepada golongan orang kelainan upaya (OKU).

Presidennya Rapelson Richard Hamit berkata, ia untuk memastikan golongan OKU sentiasa memiliki simpanan makanan yang mencukupi kerana ramai diantara mereka terjejas pendapatan ketika pandemik Covid-19.

ā€œPERAIS juga boleh bekerjasama dan mengalu-alukan bantuan daripada semua pihak sama ada daripada Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri Sarawak, agensi-agensi swasta mahupun parti-parti politik yang lain bagi membantu OKU yang terjejas,ā€ katanya menerusi kenyataan hari ini.


Raphelson juga memohon agar kerajaan menyediakan peluang pekerjaan dan perniagaan kepada OKU yang terjejas seperti menyediakan geran perniagaan khas kepada mereka dan pemberian geran kepada kelab dan persatuan OKU yang berdaftar.

Selain itu katanya, Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) berjumlah RM250 harus dilanjutkan selama enam bulan untuk golongan OKU dan juga pemberian ā€˜one offā€™ RM500.

Pada hari ini, ahli-ahli PERAIS yang merupakan atlet dan pekerja OKU di Bengkel Seri Sarawak telah mendapat bantuan bakul makanan daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak.

Turut hadir Presiden SAPA Dominique Ng dan Setiausaha Wanita PKR Sarawak Cherishe Ng. ā€” DayakDaily