PERAIS anjur kursus pertanian fertigasi dalam talian, bantu golongan OKU

Kursus pertanian fertifasi dalam talian ‘zoom’ ahli-ahli Persatuan Anak Istimewa Sarawak.

KUCHING, 29 Mei: Persatuan Anak Istimewa Sarawak (PERAIS) menganjurkan kursus pertanian fertigasi secara dalam talian ‘Zoom’ dengan kerjasama HFE Agro Resources Sdn Bhd.

Presidennya Rapelson Richard Hamit dalam satu kenyataan berkata, kursus diadakan untuk membantu ahli-ahli persatuan yang merupakan golongan orang kelainan upaya(OKU) menjana pendapatan khususnya ketika menghadapi pandemik Covid-19.

“Pandemik Covid-19 ini telah menyebabkan bukan sahaja orang ramai hilang punca pendapatan dan terjejas malahan OKU juga terjejas.


“Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada hari ini dilaksanakan di Sarawak tidak menghalang PERAIS untuk mengadakan kursus kerana kursus boleh diadakan dalam talian,’katanya.

Tambah Rapelson, penganjuran kursus mendapat sokongan dari Timbalan Menteri Perusahaan, Peladangan dan Komoditi merangkap MP Puncak Borneo Datuk Willie Mongin.

Selain itu kata Rapelson, PERAIS berhasrat untuk membuka ladang mini fertigasi di satu masa kelak. — DayakDaily