Peragut dibelasah sebelum diserahkan kepada polis

Anggota polis tiba di lokasi kejadian.
Advertisement

Oleh Dean Adam

KUCHING, Julai 18: Padah mengundang kepada seorang peragut apabila dia dibelasah orang awam sebelum diserahkan kepada pihak polis selepas meragut beg seorang wanita di Jalan Song, hari ini.

Suspek berusia 25 tahun itu pada mulanya bertindak meragut beg tangan wanita di sebuah kedai makan kira-kira pukul 9 pagi.

Advertisement

Sumber berkata, orang awam yang menyedari jenayah tersebut kemudian mengejar suspek yang cuba melarikan diri dengan menggunakan motosikal.

“Suspek yang terjatuh dari motosikalnya kemudian dibelasah orang awam sebelum diserahkan kepada pihak polis,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, polis mengesahkan menerima laporan kes daripada mangsa yang berumur 29 tahun.

Ujarnya, siasatan yang dilakukan mendapati suspek terbabit memiliki rekod jenayah lampau.

“Kes ini masih lagi dalam proses siasatan,” ujarnya.

Beberapa video kejadian tersebut yang diambil orang awam telah menjadi ‘viral’ and dikongsi melalui media sosial. — DayakDaily

Advertisement