Operasi padam kebakaran ladang rumbia kini sambung 24 jam

Pasukan bomba dan petugas skim pertanian berusaha memadam kebakaran.

Oleh Dean Adam

SARATOK, Julai 18: Pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Saratok telah mengaktifkan operasi selama 24 jam bagi memadam kebakaran di Ladang Rumbia Berkelompok, Roban dekat sini.

Ketua BBP Saratok, Nazry Mohamat berkata, operasi yang memasuki hari ketiga telah disambung oleh enam anggota bomba iaitu pasukan syif malam.


Katanya, kebakaran masih kekal 10 hektar terbakar daripada 50 hektar keluasan keseluruhan ladang rumbia berkenaan.

“Syif sudah mula 24 jam dan operasi juga masih dibantu oleh kira-kira 10 petugas skim pertanian.

“Tindakan pemadaman masih menggunakan tiga pam angkut dan sumber tali air pada jarak 1 kilometer,” katanya di sini malam ini.

Kelihatan kawasan ladang yang terbakar.

Nazry menambah, operasi mengawal kebakaran itu juga menggunakan teknik ā€˜relay pumpingā€™, dan pemadaman terus ke punca api menggunakan teknik ā€˜floodingā€™.

“Maklumat lanjut akan dikemaskini dari masa ke semasa,” katanya. ā€” DayakDaily