Penyewa ‘setan’ bawa lari barang-barang milik tuan rumah ditahan polis di Miri

Kedua-dua suspek (tengah) ditahan anggota JSJ IPD Miri petang Jumaat bagi membantu siasatan kes.

MIRI, 7 Mei: Seorang tuan rumah di Batu Niah tergaman apabila mendapati barang-barang miliknya di rumah yang disewakan kepada seorang lelaki hilang pada Selasa lalu.

Kerugian dipercayai mencecah hampir RM22,000.

Difahamkan, penyewa terbabit turut tidak membayar tunggakan sewa sebanyak RM3,000 beserta bil air dan elektrik berjumlah RM9,000.


Susulan kejadian, mangsa, seorang wanita warga emas berusia 73 tahun telah tampil membuat satu laporan polis.

Bertindak dari laporan tersebut, anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ)IPD Miri telah menahan seoranh lelaki warga tempatan berusia 27 tahun bersama rakannya untuk siasatan lanjut bagi membantu siasatan kes tersebut.

Menurut Ketua Polis Daerah Miri ACP Alexson Naga Chabu, suspek ditahan pada Jumaat (6 Mei) sekitar jam 5.30 petang.

Kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan. — DayakDaily