Penunggang motosikal maut, kemalangan di Jalan Matang

Keadaan motosikal mangsa selepas kemalangan tersebut.
Advertisement

KUCHING,18 Julai: Seorang penunggang motosikal disahkan meninggal dunia selepas terlibat kemalangan di Jalan Matang, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Padawan Supt Mohd Irwan Hafiz Md Raszi berkata kemalangan melibatkan sebuah motosikal dan kereta dilaporkan berlaku sekita jam 11 malam.

“Penunggang motosikal berumur 33 tahun mengalami kecederaan di kepala serta tangan dan disahkan meninggal dunia di Hospital Umum Sarawak (HUS) semasa menerima rawatan.

Advertisement

“Manakala pemandu kenderaan jenis Perodua Bezza berusia 20 tahun tiada mengalami kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Siasatan lanjut kes masih dijalankan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. — DayakDaily

Advertisement