This Content Is Only For Subscribers
KUCHING, 17 Ogos: Seorang lelaki meninggal dunia dalam kemalangan di Batu 9 Jalan Kuching-Serian, di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Kota Samarahan DSP Brodie Brangka berkata kemalangan membabitkan sebuah motosikal dengan kereta itu dipercayai berlaku sekitar jam 5.30 petang.
Katanya, mangsa iaitu penunggang motosikal berusia 22 tahun dalam perjalanan pulang dari tempat kerja ke rumahnya di Serian.
“Penunggang motosikal yang menggunakan lorong kanan iaitu susur ke simpang kanan semasa bergerak lurus dan dipercayai hendak memotong kenderaan di hadapan telah bergesel dengan sebuah kereta yang hendak membelok ke simpang kanan menuju ke Pasaraya Unaco.
“Akibat dari kemalangan tersebut, penunggang motosikal telah disahkan meninggal dunja di tempat kejadian oleh pihak KKM,” katanya.
Kes masih dalam siasatan dan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. — DayakDaily