Penunggang motosikal maut dalam kemalangan di Lundu

The victim was confirmed death at the location.
Advertisement
LUNDU, 16 Nov: Seorang penunggang motosikal maut dalam kemalangan di Kilometer 14, Jalan Lundu-Sematan.
Ketua Polis Daerah Lundu DSP Damataries Lautin berkata dalam kejadian yang dilaporkan kira-kira jam 9.30 malam tadi.
Katanya, mangsa berusia 26 tahun dan berasal dari Summer View Garden, Jalan Batu kawa Tondong.
“Siasatan awal di tempat kejadian mendapati motosikal Yamaha 135LC yang ditunggang mangsa telah terbabit dengan kemalangan kendiri terlebih dahulu.
“Ketika mangsa dan motosikalnya masih berada di atas jalan raya dan selang beberapa minit kemudian, datang sebuah kereta Proton Saga yang dipandu seorang lelaki dari arah Lundu ke Sematan lalu melanggar mangsa,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Mangsa mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Bagaimanapun, pemandu kereta terbabit yang berusia 40 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Katanya kes masih dalam siasatan lanjut di bawah Seksyen (41) Akta Pengangkutan Jalan 1987. — DayakDaily

Advertisement