Penunggang motosikal maut dalam kemalangan di Lubok Antu

Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Advertisement

LUBOK ANTU, 3 Mei: Satu kemalangan maut telah berlaku di KM36 Jalan Lubok Antu/Sri Aman melibatkan sebuah dengan kereta semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Lubok Antu DSP Victor Ripon, Kemalangan ini berlaku apabila penunggang motorsikal dipercayai hilang kawalan lalu berlanggar dengan sebuah kereta dari arah bertentangan

“Semasa kejadian, motosikal tersebut yang dalam perjalanan dari arah Lubok Antu menuju ke Simpang Lubok Antu.

Advertisement

“Setibanya di KM36 Jalan Lubok-Sri Aman, motosikal dipercayai hilang kawalan lalu masuk ke laluan bertentangan ke kanan jalan menyebabkan berlakunya perlanggaran dengan kereta tersebut yang berada di lorong bertentangan sebelah kanan jalan,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya Lagi, akibat dari kemalangan tersebut penunggang motorsikal telah disahkan maut ditempat kejadian.

Mayat mangsa kemudian telah dibawa ke Hospital Umum Sri Aman.

Manakala pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kes Masih dalam siasatan di bawah Seksyen 41 (1) APJ 1987. — DayakDaily

Advertisement