Penunggang motosikal maut, langgar belakang pikap di Lundu

Gambar komposit berkaitan kemalangan tersebut.
Advertisement

LUNDU, 3 May: Seorang lelaki warga asing disahkan meninggal dunia dalam kemalangan membabitkan dua buah kenderaan di Kilometer 21 Jalan Lundu-Selampit, di sini semalam.

Mangsa dikenali sebagai Mohammad Saleh berusia 55 tahun dan dikatakan tinggal di sebuah ladang sawit di Kampung Selampit iaitu tempat dia dipercayai bekerja.

Ketua Polis Daerah Lundu DSP Damateries Lautin berkata semasa kejadian mangsa menunggang sebuah motosikal dan telah melanggar belakang sebuah Toyota Hilux iaitu sekitar jam 4.50 petang.

Advertisement

“Akibat kemalangan tersebut, mangsa telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh paramedik dari Hospital Lundu,” katanya dalam satu kenyataan.

Manakala pemandu Toyota Hilux dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Tambahnya, siasatan lanjut kes masih dijalankan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Kedua-dua darah pemandu dan penunggang motosikal telah diambil untuk dihanter ke Kimia.

“Sementara polis juga memohon saksi bebas untuk tempil membantu siasatan,” katanya. — DayakDaily

Advertisement