Penunggang motosikal maut dalam kemalangan dekat Jalan Stakan

Kelihatan anggota polis sedang melakukan siasatan di lokasi kejadiann kemalangan dekat Jalan Stakan.
Advertisement

KOTA SAMARAHAN, 21 Mac: Seorang remaja maut selepas motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda dalam satu kemalangan dekat Jalan Stakan di sini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Superitenden Alexson Naga Chabu berkata, dalam kejadian sekitar jam 8.30 malam tadi (20 Mac) motasikal yang ditunggang mangsa, 17, bertembung kenderaan pacuan empat roda terbabit yang  ketika itu sedang memasuki simpang ke arah Taman Stakan Perdana.

“Kemalangan berlaku apabila sebuah kenderaan pacuan empat roda yang dipandu seorang lelaki berusia 38 tahun yang  bergerak dari arah Batu 7, Kota Sentosa hendak menuju ke rumah di Taman Stakan Perdana.

Advertisement

“Semasa memasuki simpang kearah tamat terbabit kenderaan pacuan empet roda yang dipandu lelaki terbabit telah berlanggar dengan motosikal ditunggang  mangsa yang datang dari arah bertentangan,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Alexson berkata, perlangaran tersebut menyebabkan mangsa cedera parah dan dibawa ke Hospital Umum Sarawak untuk mendapatkan rawatan manakala pemandu kenderaan terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan.

Bagaimanapun kata beliau, mangsa disahkan meningal dunia ketida sedang menerima rawatan di wad kecemasan hospital berkenaan.

“Mayat mangsa kini telah dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Umum Sarawak untuk  tindakkan selanjutnya.

“Siasatan lanjut bagi mengenalpasti punca sebenar kemalangan masih lagi dilakukan dan kes ini kita saiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. — DayakDaily

Advertisement