Pensyarah wanita ditemui selamat

PDRM logo.

Oleh Dean Adam

KOTA SAMARAHAN, Nov 16: Seorang pensyarah wanita dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini yang dilaporkan sejak Isnin lalu telah ditemui selamat.

Mangsa yang berusia 34 tahun dijumpai selamat di sekitar Jalan Tun Jugah pada pukul  3.45 petang, semalam.


Ketua Polis Daerah Kota Samarahan DSP Lee Chong Chern berkata, ketika ditemui oleh pasukan polis, wanita berkenaan dalam keadaan selamat tanpa sebarang kecederaan.

Katanya, mangsa kemudian dibawa balai polis untuk tindakan selanjutnya.

“Kita bagaimanapun masih menyiasat punca kehilangan pensyarah terbabit. Selepas penemuan wanita itu, kes berkenaan boleh dianggap sudah selesai,” katanya di sini hari ini.

Isnin lepas, wanita terbabit dilaporkan hilang selepas gagal dihubungi dan gagal menghadiri mesyuarat di universiti berkenaan.

Rakan mangsa yang bimbang dengan keselamatan pensyarah itu kemudian membuat laporan polis untuk tindakan selanjutnya. — DayakDaily