Oleh Chris Bishop
KUCHING, 20 Nov: Anggota Perkhidmatan Awam Sarawak diberi elaun khas bulanan mulai Januari 2025 berdasarkan gred Kumpulan.
Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, ia sebagai tambahan kepada penyelarasan gaji dalam Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA).
“Elaun khas sebanyak RM400 bagi Kumpulan Pelaksana Gred 1 hingga Gred 4, RM500 bagi Kumpulan Pelaksana Gred 5 hingga Gred 8.
“Manakala sebanyak RM600 bagi Kumpulan Pengurusan dan Profesional Gred 9 hingga Gred 15.
“Kumpulan Pengurusan Tertinggi akan menerima elaun khas sebanyak RM 700,” ujar Abang Johari.
Semasa Ucapan Belanjawan, beliau telah mengumumkan bahawa Kerajaan Sarawak akan menerima pakai SSPA yang diumumkan oleh Kerajaan Persekutuan. — DayakDaily