Peniaga di Siniawan mula berniaga semula esok

Kapitan Bong Boon Kah

Oleh Cornelius Kadir Edison

BAU, 16 Jan: Seramai 48 peniaga dan 70 penjaja pasar malam di pekan Siniawan akan dapat berniaga seperti biasa esok selepas kerja-kerja pembersihan di premis mereka akibat kejadian banjir Rabu lalu siap dilakukan.

Kapitan Siniawan, kapitan Bong Boon Kah berkata, peniaga-peniaga terbabit mermerlukan dua hingga tiga hari untuk melakukan pembersihan dan mengemaskan perkakas-perkakas di premis mereka sebelum dapat menjalankan peniagaan sepenuh.


“Disebabkan sekarang ketika penularan Covid-19, jadi kemungkinan kebanyakan peniaga di pasar malam mungkin tidak akan berniaga buat sementara waktu ini.

“Bagaimanapun bagi kedai-kedai di pekan Siniawan ini mereka mungkin akan dapat berniaga pada hari esok,” katanya ketika di temui selepas mengikuti program gotong royong membersihkan kawasan pekan terbabit petang tadi.

Turut serta dalam program tersebut Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Willie Monggin

Menurut kapitan Bong, kejadian banjir pada minggu lalu merupakan kejadian keempat berlaku di pekan tersebut sejak 10 tahun lalu.

Katanya, perkara itu sudah menjadi kebiasaan kepada peniaga di pekan tersebut dan sentiasa bersedia untuk memindahkan barangan mereka ke tempat lebih selamat jika berlakunya kejadian banjir.

Yule Bun

Pendapat sama turut diutarakan peniaga, Yule Bun yang berkata,  perkara yang sedikit membebankan mereka adalah apabila terpaksa memindahkan barang-barang milik mereka ke tingkat atas rumah kedai milik mereka.

Katanya, terdapat peralatan seperti peti sejuk dan beberapa perabot yang lebih besar tidak dapat dipindahkan ke bahagian yang lebih tinggi kerana barangan terbabit yang berat dan memerlukan tenaga yang ramai.

“Kami memang tak cukup orang untuk angakt barangan tersebut ke tempat yang lain kerana hanya terdapat kami lima sekeluarga sahaja di sini,” tambahnya.

Bagaimanapun katanya, barangan penting seperti dokumen peniagaan dan sebagai dibawa telebih dahulu ke tingkat atas bangunan kedai tersebut.

Katanya, dalam kejadian Rabu lalu, limpahan air dari Sungai Sarawak menengelamkan hampir 0.7 meter bahagian bawah bangunan kedai milik mereka sekeluarga.

Situasi itu menyebabkan beberapa barangan seperti peti sejuk dan almari di kedai terbabit rosak. — DayakDaily