Pengurus ladang buat laporan palsu kenderaan hilang demi tuntutan insurans

Suspek ditahan pihak polis untuk siasatan lanjut.

Oleh Brad Rantayy

MIRI, 24 Feb: Polis menahan seorang pemuda selepas membuat laporan palsu kehilangan sebuah kenderaan milik syarikat ladang sawit tempat dia bekerja, supaya dapat menggunakan wang tuntutan insurans tersebut.

Ketua Polis Daerah Miri ACP Hakemal Hawari berkata, suspek berusia 40 tahun yang bekerja sebagai pengurus sebuah ladang sawit di sini , ditahan pagi Selasa sekitar jam 11 pagi.


Hasil siasatan lanjut , suspek telah mengaku membuat laporan palsu mengenai kehilangan kenderaan tersebut yang didakwanya diparkirkan di kawasan Marina Times Square pada malam Isnin.

Kenderaan pacuan empat roda tersebut telah ditemui disorokan di satu kawasan ladang kelapa sawit di Bekenu, yang terletak kira-kira 57km dari bandaraya Miri pada Selasa.

Suspek semasa disoa siasat mengaku telah mengadak-ngadakan cerita mengenai kehilangan kenderaan tersebut untuk membuat tuntutan wang insurans.

Suspek sedang ditahan di dalam lokap Balai Polis Pusat Miri untuk tindakan lanjut. — DayakDaily