Penghuni terkejut, ular sawa sepanjang 2 meter terjatuh dari siling

Dua anggota APM Miri dilihat membawa keluar reptilia tersebut keluar dari rumah pengadu.
Advertisement

Oleh Brad Rantayy

MIRI, 10 Feb: Seorang pemuda yang baru sahaja hendak memasak makanan tengahari di rumahnya di Taman Tunku dikejutkan dengan kehadiran seekor ular sawa yang tiba-tiba terjatuh dari siling.

Reptilia sepanjang dua meter itu bagaimanapun berjaya ditangkap anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) Miri yang menerima panggilan dari pemuda berusia 27 tahun itu hari ini.

Advertisement

Menurut pegawai APM Miri, Kapten (PA) Usman Harto, seramai enam anggotanya bergegas ke lokasi sebaik sahaja menerima panggilan daripada pengadu sekitar jam 1.10 tengahari tadi.

“Mereka mengambil masa kurang daripada 15 minit untuk menangkap reptilia tersebut,” ujarnya.

Menurut Usman, ular tersebut telah dilepaskan ke habitnya sendiri. ā€” DayakDaily

Advertisement