Pengawal keselamatan ladang maut selepas motosikalnya merempuh belakang 4WD di Jalan Beluru-Lapok

Penunggan motorsikal maut serta merta di lokasi kejadian.

Oleh Brad Rantayy

MARUDI, 12 Mei: Seorang pengawal keselematan sebuah ladang maut dalam satu nahas kemalangan jalan raya di Jalan Beluru-Lapok, tengahari Rabu.

Ketua Polis Daerah Marudi DSP Mohd Ruslan Mat Kib berkata, semasa kejadian, mangsa dikenali sebagai Pius Belulok Barat, 52 tahun ,yang dalam perjalanan ke Lapok dari arah Beluru, merempuh bahagian belakang sebuah kenderaan pacuan empat roda (4WD).


Kejadian dilaporkan berlaku sekitar jam 1 petang.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila penunggang motosikal terbabit apabila sampai di jalan menuruni bukit tidak perasaan bahawa ada sebuah kenderaan berada di hadapan yang sedang menunggu untuk masuk ke simpang kiri lalu melanggar belakang sebelah kanan kenderaan tersebut,” ujarnya.

Akibat kemalangan itu penunggang motosikal mengalami cedera parah dan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak Klinik Kesihatan Beluru di tempat kejadian, sementara pemandu dan penumpang kenderaan pacuan empat roda tersebut tidak mengalami kecederaan.

Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Miri untuk di bedah siasat.

Kes disiasat dibawah sekyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan1987.

Kes masih dalam siasatan. — DayakDaily