Penduduk Simunjan dan Kpg Sawang, Kapit, disaran bersedia hadapi gangguan bekalan air

Gambar laman Facebook JBALB Sarawak
Advertisement

KUCHING, 11 Jan: Kawasan daerah Simunjan dan Kampung Sawang di Kapit akan mengalami gangguan bekalan air bermula pagi esokĀ (Sabtu, Jan 12) disebabkan kerja-kerja membaikpulih sistem saliran.

Menurut notis yang disiarkan oleh Jabatan Bekalan Air Luar BandarĀ (JBALB)Ā Sarawak di laman Facebooknya, gangguan bekalan air di daerah Simunjan akan bermula dari jam 8 pagi sehingga 4 petang disebabkan penutupan sementara saluran paip dari loji rawatan air.

ā€œIni bagi memberi laluan kepada kerja pengantian injab saluran di loji rawatan air terbabit.Ā Seluruh kawasan Simunjan akan terjejas kecuali Hospital Simunjan,ā€ menurut notis tersebut.

Advertisement

Manakala gangguan di Kampung Sawang, Kapit,Ā akan berlarutan sehingga Selasa (Jan 15) –Ā dari jam 8.30 pagi hingga 3.30 petangĀ – setiap hari disebabkan kerja penyambungan paip utama ā€œtee 6 inciā€Ā dibawah Projek Transformasi Luar Bandar (RTP).

JBALB sehubungan itu memohon supaya penduduk kawaasan yang akan terjejas untuk menyimpan bekalan air secukupnya bagi kegunaan mereka semasa gangguan berlaku.Ā ā€” DayakDaily

Advertisement