KUCHING, 11 Jan: Kawasan daerah Simunjan dan Kampung Sawang di Kapit akan mengalami gangguan bekalan air bermula pagi esokĀ (Sabtu, Jan 12) disebabkan kerja-kerja membaikpulih sistem saliran.
Menurut notis yang disiarkan oleh Jabatan Bekalan Air Luar BandarĀ (JBALB)Ā Sarawak di laman Facebooknya, gangguan bekalan air di daerah Simunjan akan bermula dari jam 8 pagi sehingga 4 petang disebabkan penutupan sementara saluran paip dari loji rawatan air.
āIni bagi memberi laluan kepada kerja pengantian injab saluran di loji rawatan air terbabit.Ā Seluruh kawasan Simunjan akan terjejas kecuali Hospital Simunjan,ā menurut notis tersebut.
Manakala gangguan di Kampung Sawang, Kapit,Ā akan berlarutan sehingga Selasa (Jan 15) –Ā dari jam 8.30 pagi hingga 3.30 petangĀ – setiap hari disebabkan kerja penyambungan paip utama ātee 6 inciāĀ dibawah Projek Transformasi Luar Bandar (RTP).
JBALB sehubungan itu memohon supaya penduduk kawaasan yang akan terjejas untuk menyimpan bekalan air secukupnya bagi kegunaan mereka semasa gangguan berlaku.Ā ā DayakDaily