Penduduk rumah panjang cemas, dapur tiga buah pintu runtuh

Keadaan dapur yang runtuh.
Advertisement

SIBU, 3 Ogos: Seramai 23 penduduk rumah panjang dari tiga keluarga yang mendiami Rh Peter di Skim Sekuau, di sini, cemas selepas dapur di belakang kediaman mereka runtuh awal pagi tadi.

Kejadian tersebut dilaporkan berlaku kira-kira pukul 4 pagi.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, pihak mereka hanya menerima laporan pada jam 9.18 pagi.

Advertisement

Komander operasi, Mohd Shukri Abdul Rahim, melaporkan bahawa rumah panjang tersebut terletak di atas bukit and runtuhan berlaku di bilik (unit) nombor 7, 8 dan 9, akibat daripada tiang utama di bahagian dapur yang tidak dapat menampung struktur bangunan.

Keadaan dapur yang runtuh.

“Berdasarkan laporan diterima, kejadian tersebut tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa dan hanya menjejaskan bahagian dapur tiga pintu rumah panjang,” katanya.

Pasukan Bomba juga telah memeriksa keselamatan kawasan sekeliling dan memberi nasihat kepada penghuni rumah supaya berpindah ke ruang tamu untuk sementara waktu.

Difahamkan, rumah panjang di Batu 28, Jalan Ulu Oya tersebut mempunyai 22 buah pintu dan dihuni kira-kira 50 orang. — DayakDaily

Advertisement