Penduduk gempar akibat litar pintas

Pasukan bomba bertindak memadamkan kebakaran di tiang elektrik.

Oleh Dean Adam

BINTANGOR, Mac 30: Penduduk setempat di sini gempar kejadian litar pintas yang berlaku di Jalan Ulu Binatang di sini petang tadi.

Bagaimanapun, dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 petang itu, tiada sebarang kecederaan dilaporkan berlaku.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 5.34 petang.

Katanya, sepasukan anggota bomba kemudian bergegas ke tempat kejadian untuk melakukan operasi susulan.


“Apabila tiba, komander operasi melaporkan terdapat kejadian litar pintas di salah satu tiang elektrik dan menyebabkan ianya terbakar.

“Pasukan bomba kemudian berjaya memadamkan kebakaran tersebut dengan menggunakan satu unit alat pemadam api debu kering,” katanya di sini hari ini.

Kelihatan tiang elektrik yang terjejas akibat litar pintas.

Jurucakap sama menambah, pihak Sarawak Energy juga sampai di tempat kejadian pada pukul 6.12 petang.

“Setelah mempastikan keadaan selamat, pasukan bomba kemudian bertolak balik ke balai,” katanya. — DayakDaily