66 penduduk di sekitar Beluru terima sijil bomba komuniti

Penguang (kanan) menyerahkan sijil kepada salah seorang penerima.

Oleh Dean Adam

MIRI, Mac 30: Seramai 66 orang penduduk setempat menerima sijil bomba komuniti di Rumah Peter Sujar di Sungai Buri, Beluru, di sini hari ini.

Majlis penyerahan sijil bomba komuniti itu telah disempurnakan oleh Menteri Muda Kerajaan Tempatan Sarawak Merangkap ADUN Marudi, Datu Dr Penguang Manggil.

Dalam majlis sama, sijil kursus cantuman anak pokok buah-buahan turut diserahkan kepada wakil tuai rumah panjang. Penguang turut menyampaikan sijil ketua kaum baru dan lama di situ.

Penguang melawat ruang pameran.

Empat cek sumbangan Penguang kepada tuai rumah sebanyak RM25,000 dan RM5,000 kepada biro wanita turut disempurnakan. — DayakDaily