Pencuri licik kantoi

Salah seorang suspek (tiga dari kiri, barisan depan) dicekup di sebuah hotel murah di bandaraya ini.

MIRI, 21 Mei: Hanya menggunakan sebuah basikal, dua sahabat memecah masuk sebuah kenderaan yang diparkir di hadapan sebuah di Taman Raja di sini pada Isnin dan melarikan beberapa barangan bernilai, termasuk sebuah mesin pemotong rumput.

Kedua -dua suspek berusia 27 dan 32 tahun itu telah ditahan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah (JSJ) IPD Miri pada malam Rabu dalam satu operasi dinamakan Ops Pintu/Ops Aidilfitri di dua buah hotel murah yang berasingan sekitar jam 9.05 9.50 malam.

Penahanan kedua suspek turut membawa kepada penemuan beberapa barangan milik mangsa yang dilaporkan telah hilang, termasuk surat pajak gadai.

Dalam kejadian, tiga pasport antarabangsa dan satu MyKad milik mangsa dan keluarganya dilaporkan hilang.

Beberapa barangan kemas juga turut dilaporkan telah hilang.

Difahamkam, barangan tersebut telah diletakan di dalam sebuah beg sandang yang disimpan di dalam kereta mangsa.

Mangsa menyedari kejadian awal pagi Selasa dan telah segera membuat laporan polis.

Kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri, ujar Timbalan Ketua Polis Daerah Miri Supt Sabri Zainol. — DayakDaily