Penarik kereta ditemui maut di dalam kenderaannya

PDRM logo

Oleh Brad Rantayy

MIRI, 24 Dis: Seorang penarik kereta ditemui maut di dalam kenderaannya di tepi Tamu Kampung Padang Kelulit Bekenu pada malam Selasa (22 Disember).

Difahamkan, sebelum penemuan itu sekitar jam 10.25 malam, lelaki warga tempatan berusia 45 tahun itu, bersama seorang pekerjanya dalam perjalanan balik ke Miri daripada menarik sebuah tanker minyak dari Batu Niah, namun telah berhent di kawasan tamu berkenaan untuk berehat.


“Mangsa sempat menghubungi rakannya melalui telefon memberitahu dirinya sangat letih dan akan berehat di kawasan tersebut sebelum meneruskan perjalanan ke Miri,” ujar Timbalan Ketua Polis Daerah Miri Supt Mohd Sabri Zainol.

Pada jam lebih kurang 10.25 malam, pekerja mangsa bernama Asfa mendapati simati tidak sedarkan diri.

“Sebelum kejadian tersebut, Asfa ternampak simati menarik nafas panjang seolah-olah simati menghadapi masalah pernafasan sebelum meninggal dunia,” jelasnya.

Pihak hospital segera dihubungi.

Mangsa telah disahkan telah meninggal dunia di lokasi oleh pihak perubatan hospital Miri di lokasi, namun punca kematian masih tidak diketahui dan telah mengesahkan badan simati tidak mempunyai sebarang kecederaan luaran.

Mayat simati telah dihantar ke Hospital Miri untuk proses bedah siasat. – DayakDaily