Pemuda pecah cermin belakang kereta ditahan

Supek (dua dari kanan) ditahan polis untuk siasatan lanjut.

Oleh Brad Rantayy

MIRI, Ogos 3: Perbuatan seorang pemuda dari Lorong Palma 9 di Kampung RPR Batu 6 memecahkan cermin belakang kereta jenis Toyota milik abang kandungnya membawa padah, apabila dia ditahan polis untuk tindakan lanjut pada tengahari Isnin.

Menurut Ketua polis Daerah Miri ACP Hakemal Hawari, polis turut merampas seketul besi dipercayai telah digunakan dalam kejadian.

Tangkapan dilakukan kurang dua jam selepas kejadian berlaku.

Punca kejadian masih di dalam siasatan.

Pada hari kejadian , sekitar jam 11 pagi, suspek berusia 33 tahun itu telah ke rumah abangnya sebelum bertindak memecahkan cermin bahagian belakanh kereta mangsa dan melarikan diri.

Hasil siasatan awal mendapati suspek mempunyai masalah ketagihan barang terlarang dan pernah dirujuk ke Hospital Miri untuk pemeriksaan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah. — DayakDaily