This Content Is Only For Subscribers
Oleh Chris Bishop
BINTULU, 12 Jun: Pemuda Parti Demokratik Progresif (PDP) yakin dengan pimpinan presiden Dato Sri Tiong King Sing.
Ketuanya David Yeo berkata, ahli-ahli Pemuda PDP percaya hala tuju parti bersesuaian dengan dasar dan program kerajaan.
“Dibawah pimpinan presiden (Tiong), Pemuda lebih yakin dan ini dikuatkan lagi oleh pimpinan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
“Ahli-ahli Pemuda parti terlibat di dalam pelbagai program anjuran kerajaan,” katanya ketika ditemui di Perhimpunan Agung Tri-Tahunan (TGA) PDP 2023 di Bintulu Khamis (8 Jun) lepas.
Sebagai Ketua Pemuda yang baharu, David yang berasal dari Long Lama di Miri menetapkan sasaran untuk menambah jumlah keahlian Pemuda PDP.
Katanya, ia boleh dicapai dengan mengatur lebih banyak program berkaitan sukan dan membawa golongan tersebut terlibat dalam pergerakan Pemuda.
Setakat ini, ujar beliau, keahlian Pemuda PDP daripada kesemua 29 bahagian adalah 8,000 orang.
David juga bercadang untuk menubuhkan satu jawatankuasa baharu yang bertanggungjawab membentuk golongan pelapis pemimpin parti.
Sementara bagi Ketua Wanita PDP Agnes Jonep pula, beliau ingin mengangkatkan martabat wanita di dalam parti agar setaraf dengan golongan lelaki. ā DayakDaily