Pemuda mengamok rosakan kereta jiran ditahan polis

Suspek (empat dari kiri) ditahan JSJ Miri untuk tindakan lanjut.

Oleh Brad Rantayy

MIRI, 22 Feb: Seorang pemuda berusia 33 tahun ditahan polis selepas diayaki melakukan perbuatan khianat di kawasan kediaman di Tudan Derasa fasa 6 di sini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Miri ACP Hakemal Hawari berkata, suspek warga tempatan itu ditahan sekitar jam 4.20 petang hari yang sama selepas pengadu yang juga jiran suspek membuat laporan polis.


Dalam kejadian yang berlaku sekitar jam 12 tengahari itu, suspek dilaporkan telah bertindak memecahkan cermin kereta milik pengadu yang dipakirkan di hadapan rumahnya menggunakan sebatang besi.

Suspek juga ada merosakan bahagian belakanh rumah pengadu.

Semasa tangkapan, polis turut merampas sebatang besi berukuran 56 sentimeter dan sebilah parang sepanjang 92 sentimeter.

Suspek kini sedang ditahan di lokap Balai Polis Pusat Miri untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat mengikuy Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat. — DayakDaily