Pemuda kantoi cuba cabul, barangan peribadi tertinggal di bilik mangsa

Suspek (dua dari kiri) ditahan pihak JSJ Miri untuk tindakan lanjut.
Advertisement

Oleh Brad Rantayy

MIRI, 20 Nov: Seorang lelaki warga tempatan meloloskan diri dari tingkap sebuah bilik pekerja di Niah, Jalan Miri-Bintulu selepas disyaki mencabul seorang wanita berjaya ditahan polia untuk siasatan lanjut pada Khamis.

Difahamkan, suspek berusia 35 tahun itu melarikan diri sekitar jam 1.30 pagi (18 November) apabila mangsa, seorang warga Indonesia terbangun dari tidur dan apabila terlihat lelaki tersebut tanpa sehelai pakaian baring disebelahnya.

Advertisement

Menurut Ketua Polis Daerah Miri ACP Hakemal Hawari, mangsa berusia 24 tahun yang bekerja sebagai tukang cuci di kuarters tersebut mula menjerit dan melawan.

Suspek mula panik apabila mangsa mula menjerit meminta tolong dan bertindak melarikan diri melalui tingkap bilik mangsa.

Namun, suspek tertinggal beberapa barangan peribadi dalam bilik tersebut yang menjadi bukti penting dalam usaha menjejaki keberadaannya.

Antara barangan milik suspek yang tertinggal di bilik mangsa adalah sepasang seluar pendek, seluar dalam berwarna merah, sepasang selipar dan sebuah telefon bimbit.

Kurang 24 jam selepas mangsa membuat laporan polis berhubung kejadian, sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah (JSJ) IPD Miri telah menahan pemuda tersebut di kawasan kediaman pekrja yang sama.

Hasil siasatan mendapati suspek tinggal di unit bersebelahan dengan mangsa.

Kes disiasat mengikut Seksyen 448 dan 354 Kanun Keseksaan. — DayakDaily

Advertisement