Pemuda ditahan polis, disyaki menampar ibu dan adik perempuan

Suspek (tengah) diberkas polis petang tadi (31 Mei 2022).

Oleh Brad Rantayy

MIRI, 31 Mei: Seorang lelaki yang disyaki menampar ibu dan adik perempuannya dalam satu kejadian pada malam Isnin (30 Mei) ditahan polis untuk siasatan lanjut.

Menurut Ketua Polis Daerah Miri ACP Alexson Naga Chabu, tangkapan dilakuan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) IPD Miri susulan menerima laporan kejadian daripada mangsa.


“Suspek ditahan di dalam sebuah rumah pekerja binaan di Luak pada Selasa sekitar jam 4 petang tadi,” ujarnya.

Dalam kejadian yang dilaporkan berlaku sekitar jam 7 malam Isnin itu, suspek berusia 26 tahun dipercayai telah menampar kedua-dua mangsa.

Susulan kejadian ibu suspek yang berusia 56 tahun telah tampil membuat laporan polis.

Suspek kini ditahan di lokap Balai Polis Pusat Miri untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 323, Seskyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga 2005. — DayakDaily