Pemuda disyaki ramas buah dada juruwang wanita di Bekenu ditahan polis

Suspek (tengah) dibawa ke lokap Balai Polis Pusat Miri untuk siasatan lanjut.

Follow and subscribe to DayakDaily on Telegram for faster news updates.


Oleh Brad Rantayy

MIRI, 16 Jan: Polis semalam menahan seorang pemuda bagi membantu siasatan kes mencabul seorang juruwang wanita di sebuah kedai di Bekenu awal bulan ini.

Suspek seorang warga tempatan berusia dalam 20-an disyaki telah masuk ke kedai tempat mangsa bekerja sebelum secara tiba-tiba bertindak meramas buah dadanya.


Ketika kejadian, mangsa sedang bertugas di kaunter kedai apabila suspek datang ke arahnya.

Kejadian turut dirakam oleh kamera litar tertutup kedai tersebut.

Menurut Ketua Polis Daerah Miri ACP Hakemal Hawari, tangkapan dilakukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) IPD Miri bersama Unit Ronda Cegah Jenayah Balai Polis Bekenu susulan menerima laporan daripada mangsa yang berusia 24 tahun itu.

Suspek telah dibawa ke lokap Balai Polis Pusat Miri untuk siasatan lanjut. — DayakDaily