Pemuda curi barangan kesihatan dan kecantikan dicekup selepas aksinya dirakam CCTV

Suspek (empat dari kanan) berjaya ditahan susulan gelagatnya masuk dan mengambil beberapa barangan dalam premis tersebut dirakam CCTV.

Follow and subscribe to DayakDaily on Telegram for faster news updates.


Oleh Brad Rantayy

MIRI, 26 Nov: Gelagat seorang lelaki mengambil beberapa barangan kecantikan dan kesihatan dari sebuah premis di pusat membeli belah Boulevard pada Selasa berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) permis terbabit yang membawa kepada penangkapannya

Suspek ditahan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah (JSJ) IPD Miri pada hari Khamis di tepi Jalan Permaisuri sekitar jam 4.06 petang.


Menurut Ketua Polis Daerah Miri ACP Hakemal Hawari, kejadian disedari pemilik premis pada Selasa ketika hendak membuka kedainya.

Kerugian dianggarkan hampir RM3,000.

Diantara barangan yang dilaporkan telah hilang dalam kejadian adalah satu set barangan bersalin (RM145), sekotak kolegen, kopi durian belanda dan 135 unit barangan kesihatan berjenama.

Suspek berusia 30 tahun itu kini sedang ditahan di lokap Balai Polis Pusat Miri untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri. — DayakDaily