MIRI, 13 Ogos: Seorang lelaki berusia 34 tahun yang dirakam video sebuah hotel murah di Jalan Permaisuri di sini, berjalan di sepanjang koridor bangunan tersebut dalam keadaan lalok dan bogel telah ditahan.
Menurut Ketua Jawatankuasa Penduduk (JKP) Miri Malateh Mahmud, pemuda terbabit disyaki lalok dadah dalam kejadian dilaporkan berlaku sekitar jam 2 pagi Rabu itu.
Beberapa anggota JKP Miri bersama polis peronda telah tiba ke lokasi sebaik sahaja menerima laporan kelibat suspek yang dilihat menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) hotel , cuba membuka beberapa pintu bilik dalam keadaan bogel.
“Suspek telah kami serahkan kepada pihak Agensi Anti Dadah Kebangsaan cawangan Miri (AADK) untuk tindakan lanjut,” ujar Malateh.
Klip video berdurasi 23 saat itu menunjukkan pemuda tersebut, yang hanya membawa sebuah bantal berwarna putih, dilihat berjalan dari satu sudut koridor hotel tanpa memakai sebarang pakaian.
“Pemuda tersebut telah cuba membuka beberapa pintu bilik, namun gagal,” ujar Malateh. — DayakDaily