Pembonceng wanita maut dalam kemalangan di Jalan Pan Borneo Miri-Bintulu

Keadaan di lokasi kejadian.
Advertisement

MIRI, 19 April: Seorang pembonceng wanita berusia 20 tahun maut selepas motorsikal yang dinaikinya dilanggar dari belakang oleh sebuah kenderaan pacuan empat roda di Jalan Pan Borneo Miri-Bintulu semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Miri ACP Alexson Naga Chabu, kejadian berlaku sekitar jam 6.17 petang.

Kemalangan dipercayai beriaku semasa motorsikal yang menghala balik ke rumah telah dilanggar dari belakang oleh sebuah kenderaan Toyota Hilux yang dipandu seorang lelaki berusia 24 tahun.

Advertisement

Penunggang lelaki motorsikal yang berusia 26 tahun mengalami kecederaan parah.

“Mangsa meninggal dunia di Klinik Kesihatan Niah semasa menerima rawatan,” jelas Alexson.

Kertas siasatan di bawah seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 telah dibuka. — DayakDaily

Advertisement