Pemberian baucar buku belum diputuskan lagi

Sampel baucer buku 1Malaysia.
Advertisement

KUCHING, Ogos 29: Kerajaan belum memutuskan sama ada akan meneruskan atau tidak, pemberian Baucar Buku 1Malaysia kepada pelajar universiti dan pra universiti yang layak pada tahun depan.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam satu kenyataan berkata masih belum berbincang mengenai status baucar itu yang telah diperkenalkan kerajaan terdahulu.

Kementerian tersebut juga belum buat apa-apa perbincangan mengenai perkara berkenaan kerana ia bergantung kepada bajet dan sebarang pengumuman berhubung baucar tersebut akan dibuat oleh Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik.

Advertisement

Baucar buku yang diperkenalkan sejak 2012 itu diberikan kepada pelajar yang layak, di mana setiap pelajar menerima baucar bernilai RM200 sebelum bantuan itu dinaikkan kepada RM250 pada 2013.

Selain itu, pemberian baucar buku juga menunjukkan jumlah penjualan buku menunjukkan data yang meningkat.

Perkara ini memberi impak yang positif kepada kadar celik huruf negara Malaysia dan meningkatkan statistik jumlah bacaan buku rakyat Malaysia.

Tujuan utama pemberian baucar buku adalah untuk meringankan beban golongan pelajar terutamanya bagi pelajar yang datang daripada keluarga yang berpendapatan rendah untuk membeli ke­perluan pembelajaran seperti bahan-bahan bacaan ataupun barangan keperluan lain yang ada kaitannya dengan proses pembelajaran.

“Ingatlah bahawa bukan semua negara di dunia ini yang mewujudkan kemudahan seperti baucar buku tersebut.

“Sehubungan itu, golongan pelajar sepatutnya berasa bertuah dan sebagai timbal balas terhadap pemberian tersebut.

“Maka sepatutnya semua pelajar yang memperoleh baucar itu harus memanfaatkan pemberian tersebut dengan mengikut semua garis panduan yang ditetapkan mengenainya.

“Penyalahgunaan baucar buku dengan cara menukarkannya kepada wang tunai bukannya membeli buku mahupun peralatan pembelajaran lain, jelas menunjukkan betapa terhakisnya nilai-nilai kejujuran dan rasa bertanggungjawab pelajar-pelajar terbabit.” — DayakDaily

Advertisement